Friday, November 6, 2009

kasih ibunda

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibukmenyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yangbertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambutkertas yangdihulurkan oleh sianak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anaksambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatangpen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yangdituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" padamukasurat yang ditulisnya.Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who'snext? My Mother!

No comments:

Post a Comment