Tuesday, June 22, 2010

pesanan dari guru pengasas madrasah nurul iman

salam..sy nak berkongsi kata2 pesanan dari guru pengasas madrasah nurul iman..byk sebenarnya..tp sy tak tahu nak copy dari pdf file...he5...sy just tulis yang mana mampu tuk renungan...antaranya ;

  • watak aulia - kene maki tak mudarat,kene puji tak manfaat.
  • taslim(penyerahan)- nak pun tidak,tak nak pun tidak.cepat pun tidak lambat pun tidak.
  • ilmu(kesufian) tidak boleh diwarisi..klu boleh diwarisi dan tentu sy bagi bini dan anak saya dulu.tapi ni adalah anugerah tuhan.
  • sy mengaji (ilmu perjalanan ahlullah) dengan air mata(byk menangis)
  • sy hanya nasihat tak boleh bagi mafaat atau mudharat.buat ibadat nak fadhilat nanti berkulat..buat nak berkat nanti melekat.
  • firman allah ;hendaklah kamu berzikir byk2 mudahan kamu mendapat kejayaan.(al-jumaah ayat 10) - dlm ayat ini tidak terang berapa byk kene zikir..tp sekurang2 byk ialah smpi mutmainah.
  • "ada yang lain lagi kah?tak da yang lain..mari kita pakat2 duk diatas la ilaha illah"-tok ayah said r.a-
  • nabi yunus duk dlm perut ikan tp tak jadi tahi kerna banginda membaca lailahaila anta subhanaini kuntuminal zolimin..jadi klu kita tak nak jd tahi dunia maka perbykan membaca doa nabi yunus ini...
  • ulama terhijab dgn ilmu.abid terhijab dgn ibadah,,zahid terhijab dgn zuhudnya.dan soleh terhijab dgn kesolehanya..semua ini dipanggil hijab nurani.
  • kalau tak larat berjalan...jadilah tangga utk org berjalan
  • zero-zero-one - ini kod ahlullah..kosong dunia,kosong akhirat,hanya allah yang esa.
  • sekurang2 darjah guru mursyid auliah org yg smpi darjah nafsu rodhiah'.tp yg kita mahu guru merabbi.guru mrsyid boleh mbimbing anak murid setakat mutmainnah shaja.manakala guru murabbi,boleh mmbimbing lebih tinggi.huru murabbi ailah org yang majzub
  • syeikh(guru mursyid) umpama tangga tau pun pintu rumah .hendak masuk rumah kenalah naik tangga dan melalui pintu..bila sudah masuk ke dlm rumah tidak perlulah bawa tangga itu sekali..biarlah diluar rumah sahaja...

Sunday, June 20, 2010

Dayang Nurfaizah - Erti Hidup


Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

(Korus)
Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…

Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati

kalbu


· Jika kamu memandang kepada sebuah bangunan maka bangunan itu yang datang kepada kamu bukan kamu yang pergi kepadanya. Kamu tidak bergerak satu langkah pun. Begitu juga keadaan ahli al-kasyaf yang tidak bergerak dari tikar sembahyangnya namun dia dapat menyaksikan seluruh alam makhluk. Keadaan ini boleh terjadi kerana Allah jualah nuur bagi langit dan bumi. Nuur-Nya juga memancar di dalam kalbu orang mukmin. Nuur di atas nuur. Nuur dari alam atas membawa turun seluruh alam kejadian dan dapat ditangkap oleh nuur di bawah iaitu kalbu orang mukmin. Jadi, kalbu orang mukmin itu meliputi seluruh alam makhluk tanpa dia perlu terbang ke mana-mana.

Phoenix Bangkit Dari Abu

Phoenix Bangkit Dari Abu

Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

( 1 )
Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)

Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta

( ulang dari 1 )

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Demi cinta... demi cinta...

pejuang Islam,

"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”

Wednesday, June 16, 2010

Kalau perempuan cantik pendiam

Kalau perempuan cantik pendiam

lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

betul ke sume lelaki cam2? kalau sy xdpt blik commnt ni..sy agk lelaki mmg dilahirkan begitu...!!!!! 4ward kn pd lelaki n perempn biar kite sme2 sdr..!!!

Tuesday, June 15, 2010

HEBATKAH KITA













Zaman skang kalau kita lihat macam-macam gambar yang dipaparkan di laman web yang menjadi keperluan seperti facebook,myspace dan sebagainya...ada aku tgk yang cuba sehebat mungkin dlm menghasilkan foto-foto yang menarik malah memang aku akui sangat cantik...tp yang aku tak minat jika ada segelintir yang bersikap ingin menunjuk kekayaan,harta benda dan kehidupan moden yang kadang2 bukan diri mereka yang sebenar....andai mereka mengatakan mereka terbaik....cuma mereka bandingkan diri mereka dengan note rm 50.00 ni..gambar tungku hanya dengan kelapa sawit sahaja...gambar siapa lebih bermakna....he5..mari kita sama2 fikirkan makna tersirat di sebalik gambar yang punya 1001 cerita yang boleh d olah...salam.. -(apai_labu)



10 perkara membuktikan lelaki memang merumitkan

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Kisah bomoh

Kisah bomoh..best nei.. (Musti baca)

FW: Kisah bomoh..best nei..
Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana
syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....

Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan
orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain.
Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan
orang lain hancur....nauzubillah...

Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan
perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan
bomoh handal tersebut.

saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap
hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...

bomoh itu mendengar dengan
teliti sambil mengangguk-angguk kepala.
(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)

saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh
lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya
pula.

bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
'anak ini berniaga kah?'

saya menjawab: tidak. saya hanya.......

mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan
perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat
untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'

Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan
ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya
mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih
pula kepada kedai-kedai kecil ini.

bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.
'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak
perlu bawa barang-brang ini'
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap
si polan tadi.

'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja
sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.

saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup
saya ingat...

'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan
ini?' tanya bomoh tadi.

saya: er..Mcdonald dan KFC......

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang
dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.
'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di
luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan
beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya
tertawa besar)

Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh
ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan
besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata.
'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa..... . hanya
mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang
perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang
pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan
lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan
dengan
betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan
amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. ...maaf andai ada
yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk
melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakbar!

Saturday, June 12, 2010

wanita mengikut tabiat haiwan..

Wanita terkenal dengan hemah dan budi pekertinya yang penyantun dan mulia. Namun tidak semua wanita mempunyai sifat-sifat terpuji seperti mana yang di tuntut dalam Islam. Setiap insan yang dijadikan Allah SWT memiliki kelebihan dan kekurangannya. Maka terjadinya pelbagai watak dan tabiat wanita dalam pelbagai bentuk dan rupa. Meskipun sesetengah manusia mempunyai watak seperti haiwan, namun jika ia mendapat didikan dan agama yang secukupnya serta menyedari kekurangan serta kesilapannya, maka ia akan kembali ke watak WANITA sebenar seperti yang dituntut oleh Islam. Terdapat 9 watak dan tabiat yang dinyatakan di dalam kitab muktabar. Namun ianya hanyalah perbandingan, tidak sekali-kali menyamakan kaum wanita dengan haiwan:

1. Tabiat Babi

Tabiatnya seperti tidak ubah seperti tabiat babi. Dalam soal makan dan minum mereka suka memecahkan piring dan pinggan mangkuk. Mereka juga suka keluar rumah tanpa meminta keizinan suami. Dan suka berjalan-jalan ke mana sahaja yang mereka suka. Mereka tidak mempedulikan urusan ibadat dan tidak suka menuntut ilmu dan suka melanggar perintah agama. Malah mereka tidak suka tunduk dan taat kepada suami.

2. Tabiat Kuda

Wanita yang bertabiat seperti ini suka memakai pakaian yang berwarna-warni seperti warna merah, kuning atau hijau supaya kelihatan menyerlah. Mereka suka memakai barang-barang perhiasan untuk bermegah-megah, seperti emas atau perak. Mereka juga tidak mahu kalah kepada suaminya.

3. Tabiat Anjing

Wanita yang bertabiat begini seorang yang sangat cerewet. Suka membebel, bersifat berani, melawan suami, membentak dan memaki hamun suami. Namun begitu dia seorang yang sangat setia kepada suaminya. Wanita penurut perintah suami, marahnya hanya untuk seketika sahaja.

4. Tabiat Ular

Wanita yang bertabiat seperti ular adalah seorang wanita pendiam dan pendendam. Mereka dapat menguasai suaminya, bila mereka bermusuh dengan seseorang. Suaminya akan dijadikan alat untuk menyerang musuhnya.

5. Tabiat Kala Jengking

Wanita yang bertabiat kala jengking suka menempel dan berkumpul sesama wanita lain. Hobinya suka memburukkan orang lain, biarpun suami atau keluarga saudara mara sendiri. Selain mengumpat mereka juga suka mengadu akan hal-hal orang lain. Dari sikap dan perangai mereka yang buruk itu juga boleh membuatkan orang lain berlaga sesama sendiri. Wanita seperti ini hanya suami yang sabar sahaja yang boleh hidup lama bersama mereka.

6. Tabiat Tikus

Wanita yang bersifat begini suka menyeluk poket suami, dan mereka dengan berani mengambil wang dari suami, walaupun tanpa mendapat keizinan daripada suami.

7. Tabiat Singa

Bersikap garang terhadap suami, namun mereka seorang yang pendiam tetapi seorang yang bersikap pengawal. Apabila diganggu, mereka akan melawan tanpa merasa segan dan silu.

8. Tabiat Kambing

Wanita yang baik dan soleh, taat kepada suami dan sayang kepada anak-anak. Mereka bersifat berkecuali, tidak mahu mencampuri urusan suami atau orang lain. Mereka suka berbakti kepada masyarakat dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya.

9. Tabiat Ayam

Wanita yang bertabiat begini seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang anak-anak dan suami. Hidupnya tidak suka bermegah-megah, seorang wanita yang cukup taat kepada suami dan Allah SWT.

Bagi wanita, kenalilah sifat dan watak diri sendiri supaya dapat mengubah dan mencorakkan diri menjadi wanita solehah seperti mana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya. Apabila tabiat yang buruk berubah menjadi tabiat yang baik, maka masuklah mereka dalam golongan wanita yang solehah, yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT kepada mereka yang taat dan mengikut perintahNya. Wallahua'lam.

(Sumber: Internet)