Thursday, August 25, 2011

Itulah kiasan makna 'redho' dalam bahasa mudah

Keredhaan Allah terletak kepada IMAN seseorang.Dari iman timbullah takwa dan rasa rendah diri kepada Allah;takut kepada Allah.Allah sayangkan makhluknya kerana ia adalah ciptaan-Nya.Namun keredhaan Allah itu hanya dimenangi oleh siapa YANG BERIMAN KEPADA-NYA.Orang kafir tak layak memenangi KEREDHAAN ALLAH.Orang munafik tidak layak memenangi KEREDHAAN ALLAH.Mereka hanya layak makan rezeki Allah atas belas kasihan Allah sahaja.Contohnya seorang bapa yang mahu solat.Ketika mahu angkat takbir pertama,si anak merengek-rengek mahu aiskrim.Si bapa berhenti solat dan berikan aiskrim kepada anak.Bila bapa mahu mulakan solat kembali,si anak merengek lagi.Bapa mula panas hati.Bapa beri aiskrim dan sambil cuba untuk senyum pada anak.Kali ketiga,bapa mahu angkat takbir,si anak menghentak-hentakkan kakinya.

Namun si bapa beri juga aiskrim namun dengan wajah yang agak marah dan terganggu.

Jadi adakah pemberian pertama bapa sama dengan pemberian ketiga?

SI BAPA BERI AISKRIM DENGAN REDHA PADA KALI PERTAMA NAMUN DENGAN TERPAKSA DAN EMOSI TERGANGGU PADA KALI KETIGA.
Itulah kiasan makna 'redho' dalam bahasa mudah.NAMUN ADAKAH SI BAPA BENCIKAN ANAKNYA?ADAKAH SI BAPA TIDAK SAYANG ANAKNYA? -http://mistisfiles.blogspot.com-

No comments:

Post a Comment