- watak aulia - kene maki tak mudarat,kene puji tak manfaat.
- taslim(penyerahan)- nak pun tidak,tak nak pun tidak.cepat pun tidak lambat pun tidak.
- ilmu(kesufian) tidak boleh diwarisi..klu boleh diwarisi dan tentu sy bagi bini dan anak saya dulu.tapi ni adalah anugerah tuhan.
- sy mengaji (ilmu perjalanan ahlullah) dengan air mata(byk menangis)
- sy hanya nasihat tak boleh bagi mafaat atau mudharat.buat ibadat nak fadhilat nanti berkulat..buat nak berkat nanti melekat.
- firman allah ;hendaklah kamu berzikir byk2 mudahan kamu mendapat kejayaan.(al-jumaah ayat 10) - dlm ayat ini tidak terang berapa byk kene zikir..tp sekurang2 byk ialah smpi mutmainah.
- "ada yang lain lagi kah?tak da yang lain..mari kita pakat2 duk diatas la ilaha illah"-tok ayah said r.a-
- nabi yunus duk dlm perut ikan tp tak jadi tahi kerna banginda membaca lailahaila anta subhanaini kuntuminal zolimin..jadi klu kita tak nak jd tahi dunia maka perbykan membaca doa nabi yunus ini...
- ulama terhijab dgn ilmu.abid terhijab dgn ibadah,,zahid terhijab dgn zuhudnya.dan soleh terhijab dgn kesolehanya..semua ini dipanggil hijab nurani.
- kalau tak larat berjalan...jadilah tangga utk org berjalan
- zero-zero-one - ini kod ahlullah..kosong dunia,kosong akhirat,hanya allah yang esa.
- sekurang2 darjah guru mursyid auliah org yg smpi darjah nafsu rodhiah'.tp yg kita mahu guru merabbi.guru mrsyid boleh mbimbing anak murid setakat mutmainnah shaja.manakala guru murabbi,boleh mmbimbing lebih tinggi.huru murabbi ailah org yang majzub
- syeikh(guru mursyid) umpama tangga tau pun pintu rumah .hendak masuk rumah kenalah naik tangga dan melalui pintu..bila sudah masuk ke dlm rumah tidak perlulah bawa tangga itu sekali..biarlah diluar rumah sahaja...
Tuesday, June 22, 2010
pesanan dari guru pengasas madrasah nurul iman
Saturday, May 15, 2010
al-hikam
1. Sesetangah dari tanda bahwa org seorg itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya,yaitu berkurangnya pengharapan terhadap ruhmat kurnia allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan atau dosa.
2. kalimah laa ilaha illallah = tiada tuhan bererti tiada tempt bersandar ,berlindung,berharap kecuali allah,tiada yang menghidupkan dan mematikan ,tiada memberi dan menolak melainkan allah.
3. laa haula wala quawata illa billahi = tiada ada daya untuk mengelak diri dari bahaya kesalahan dan tiada ada kekuatan membuat amal kebaikan kecuali dgn bantuan pertolongan allah dan kurni rahmatnya semata-mata.firman allah : katakanlah : hanya kerana merasakan kurnian rhmat allah lah kamu boleh bergembira,dan itulah yang lebih baik bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulan sendiri.-surah yunus :59-
4. sedang bersandar pada amal usaha itu bererti ;upa pada kurnian rahmat allah yang memberi taufiq ,hidayah kepadanya yang akhirnya pasti ujub ,sombong merasa sempurna diri ,sepertimana terjadinya pada iblis ketika di perintahkan nya bersujud pada adam, ia berkata :aku lebih baik dari dia (ADAM) , dan hal yang sama berlaku pada karun ketika ia berkata :sesunguhnya aku mendapat kekayaan ini kerna ilmu dan usahaku semata2.-al-qashash:79-
5. apabila kita dilarang menyerkutukan allah dengan bahala kayu,batu ,pohon dan sebagainya ,maka janganlah juga menyerkutukan allah dengan kekuatan diri sendri,seolah-olah mersa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan,hidayah dan rahmat allah.seelok-eloknya kita harus tauladanan kisah para nabi sulaiman ketika menerima nikmat kurniaan allah ,ketika mendptkan istana balqis. FIRMAN ALLAH : ini semata2 kurnian dari tuhan ku, untuk menguji padaku apakah aku bersyukur atau kufur ?dan siapa yang kufur ,maka tuhanku zat yang terkaya lagi pemurah (tidak berhajat pada sedikitpun pada makhluknya , bahkan makhluk yang berhajat kepdaya)-AN-naml : 40-