Tuesday, June 15, 2010

10 perkara membuktikan lelaki memang merumitkan

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Kisah bomoh

Kisah bomoh..best nei.. (Musti baca)

FW: Kisah bomoh..best nei..
Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana
syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....

Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan
orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain.
Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan
orang lain hancur....nauzubillah...

Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan
perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan
bomoh handal tersebut.

saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap
hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...

bomoh itu mendengar dengan
teliti sambil mengangguk-angguk kepala.
(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)

saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh
lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya
pula.

bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
'anak ini berniaga kah?'

saya menjawab: tidak. saya hanya.......

mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan
perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat
untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'

Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan
ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya
mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih
pula kepada kedai-kedai kecil ini.

bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.
'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak
perlu bawa barang-brang ini'
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap
si polan tadi.

'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja
sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.

saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup
saya ingat...

'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan
ini?' tanya bomoh tadi.

saya: er..Mcdonald dan KFC......

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang
dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.
'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di
luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan
beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya
tertawa besar)

Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh
ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan
besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata.
'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa..... . hanya
mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang
perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang
pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan
lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan
dengan
betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan
amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. ...maaf andai ada
yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk
melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakbar!

Saturday, June 12, 2010

wanita mengikut tabiat haiwan..

Wanita terkenal dengan hemah dan budi pekertinya yang penyantun dan mulia. Namun tidak semua wanita mempunyai sifat-sifat terpuji seperti mana yang di tuntut dalam Islam. Setiap insan yang dijadikan Allah SWT memiliki kelebihan dan kekurangannya. Maka terjadinya pelbagai watak dan tabiat wanita dalam pelbagai bentuk dan rupa. Meskipun sesetengah manusia mempunyai watak seperti haiwan, namun jika ia mendapat didikan dan agama yang secukupnya serta menyedari kekurangan serta kesilapannya, maka ia akan kembali ke watak WANITA sebenar seperti yang dituntut oleh Islam. Terdapat 9 watak dan tabiat yang dinyatakan di dalam kitab muktabar. Namun ianya hanyalah perbandingan, tidak sekali-kali menyamakan kaum wanita dengan haiwan:

1. Tabiat Babi

Tabiatnya seperti tidak ubah seperti tabiat babi. Dalam soal makan dan minum mereka suka memecahkan piring dan pinggan mangkuk. Mereka juga suka keluar rumah tanpa meminta keizinan suami. Dan suka berjalan-jalan ke mana sahaja yang mereka suka. Mereka tidak mempedulikan urusan ibadat dan tidak suka menuntut ilmu dan suka melanggar perintah agama. Malah mereka tidak suka tunduk dan taat kepada suami.

2. Tabiat Kuda

Wanita yang bertabiat seperti ini suka memakai pakaian yang berwarna-warni seperti warna merah, kuning atau hijau supaya kelihatan menyerlah. Mereka suka memakai barang-barang perhiasan untuk bermegah-megah, seperti emas atau perak. Mereka juga tidak mahu kalah kepada suaminya.

3. Tabiat Anjing

Wanita yang bertabiat begini seorang yang sangat cerewet. Suka membebel, bersifat berani, melawan suami, membentak dan memaki hamun suami. Namun begitu dia seorang yang sangat setia kepada suaminya. Wanita penurut perintah suami, marahnya hanya untuk seketika sahaja.

4. Tabiat Ular

Wanita yang bertabiat seperti ular adalah seorang wanita pendiam dan pendendam. Mereka dapat menguasai suaminya, bila mereka bermusuh dengan seseorang. Suaminya akan dijadikan alat untuk menyerang musuhnya.

5. Tabiat Kala Jengking

Wanita yang bertabiat kala jengking suka menempel dan berkumpul sesama wanita lain. Hobinya suka memburukkan orang lain, biarpun suami atau keluarga saudara mara sendiri. Selain mengumpat mereka juga suka mengadu akan hal-hal orang lain. Dari sikap dan perangai mereka yang buruk itu juga boleh membuatkan orang lain berlaga sesama sendiri. Wanita seperti ini hanya suami yang sabar sahaja yang boleh hidup lama bersama mereka.

6. Tabiat Tikus

Wanita yang bersifat begini suka menyeluk poket suami, dan mereka dengan berani mengambil wang dari suami, walaupun tanpa mendapat keizinan daripada suami.

7. Tabiat Singa

Bersikap garang terhadap suami, namun mereka seorang yang pendiam tetapi seorang yang bersikap pengawal. Apabila diganggu, mereka akan melawan tanpa merasa segan dan silu.

8. Tabiat Kambing

Wanita yang baik dan soleh, taat kepada suami dan sayang kepada anak-anak. Mereka bersifat berkecuali, tidak mahu mencampuri urusan suami atau orang lain. Mereka suka berbakti kepada masyarakat dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya.

9. Tabiat Ayam

Wanita yang bertabiat begini seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang anak-anak dan suami. Hidupnya tidak suka bermegah-megah, seorang wanita yang cukup taat kepada suami dan Allah SWT.

Bagi wanita, kenalilah sifat dan watak diri sendiri supaya dapat mengubah dan mencorakkan diri menjadi wanita solehah seperti mana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya. Apabila tabiat yang buruk berubah menjadi tabiat yang baik, maka masuklah mereka dalam golongan wanita yang solehah, yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT kepada mereka yang taat dan mengikut perintahNya. Wallahua'lam.

(Sumber: Internet)

Saturday, May 15, 2010

  1. Tarjid bermakna melulu ibdat tanpa berusaha dunia.keinginan untuk tajrid padahal allah masih menempatkan engaku pada golongan orang2 yang harus berusaha (kasab) untuk mendapat kebutuhanmu sehari-harian , maka kekeinginan mu itu termasuk syahwat hawa nafsu yang samar/halus.sebaliknya keinginanmu untuk berusaha kasab , padahal allah telah menempatkan dirimu pada golongan orang yang melulu beribadat tanpa kasab, maka keinginan yang demekian berarti menurun dari semangat dan tingkat yang tinggi.

Penerangnya : hal ini kerna sebab kewajiban seorang hamba adalah menyerah diri kepada apa yang dipilih dan ditentukan oleh majikannya lebih-lebih apabila majikan itu ALLAh yang mengetahui benar-benar apa yang yang menguntungkan bagimu dan menyusahkanmu. Oleh hal demikian maka tanda bagi allah menempatkanmu dlm golongan yang harus berusaha kasab adalah apabila terasa ringan bagimu sehinga tidak meyebabkan tertinggal bagimu kewajiban sesuatu dalam agama mu , juga menyebabkan kau tidak tamak dan rakus terhadap hak orang lain(meminta sedekah dan bantuan org lain)

Manakala tanda allah telah menundukan dirimu dalam golongan hamba yg tidak perlu usaha kasab - apabila allah memudahkan kebutuhan hidupmu dari jalan yang tidak disangka2kan , dan jiwa tetap tenang dikala terjadinya kekurangan kerana tetap ingat dan bersandar pada allah dan tidak berubah dalam menunaikan kewajiban kepada ALLAH.

Iblis tidak menyukai orang yang jiwa nya tenang .maka dia akan membisikan agar manusia tidak berasa puas dangan apa yang allah berikan dan membayangi perbandingan orang lain yang lebih tenang kononya hanya untuk membakitkan sifat2 tamak bongkak rakus terhadap apa yang bukan bahagianya agar kita terlepas dari jiwa tenang maka tenteram akan berubah akhirnya menjadi rakus , gagal amal perbuatannya dan kecewa. Hal ini diceritakan ALLAH mengenai tipu daya iblis ini terhadap adam hawa ;

>Berkatalah syaitan ; tuhan tidak melarang kamu mendekati pohon ini melaikan supaya kamu tidak dapat mencapai kedudukan malaikat dan tidak dpt kekal ke dalam syurga -surah al-araf ;20-

>Maka syaitan berbisik : bhai adam sukakan kamu aku tunjukan pohon kuldi (sesuatu yang dapat mengekalkan) dan kekayaan yang tidak akan habis(rosak) –surah toha :120-

  • Mengikut cerita ada hamba Allah mengatakan :berapa kali saya telah meningalkan usaha kasab tetapi terpaksa kembali berkasab ,sehingga diakhirnya dengan izin allah kasab itu sendiri meningalkan ku maka tidak aku kembali kepadanya.
  • Seorang murid merasa bahawa untuk sampai kepada allah dan masuk ke barisan para wali perlu lah sibuk dengan ilmu zahir maka untuk bergaul dengan manusia lalu murid itu pergi mengadap gurunya bagi mengadukan hal itu , tapi belum sempat dia menceritakan maka guru nya berkata : ada seseorang yang terkemuka dengan ilmu zahir , ketika ia merasa amalan sedikit dalam perjalan ilmu ini maka dia dating kepada ku lalu berkata : aku akan tinggalkan kebiasaan ku untuk mengikutimu . lalu aku menjawap bukan itu yang harus kamu lakukan , tetapi tetaplah dalam kedudukan mu , sedang apa yang akan diberikan allah kepadamu pasti tercapai kepadamu.
  • Kekerasan semangat/perjuangan itu tidak dapat menembusi tirai takdir , kekeramatan atau kejadian2 luar biasa dari seorang wali itu pun tidak dpt menembusi keluar dari tirai takdir maka apa yang terjadi semata-mata takdir allah
  • Seperti Firman Allah ‘dan tiadalah kehendak yang kamu kehendaki melainkan apa yang dikehendaki oleh allah tuhan pengatur sekalian alam(kuwirat –29)

Jadi kita sebagai hamba wajib dan harus memahami kewajiban manakala jaminan upah ada;ah di tangan majikan , maka janglah risau hingga berperasan ingin mengatur kerna dikhuatiri jika mengharapkan sesuatu jaminan yang tidak tiba atau terlambat lalu mulai meragui jaminan Allah maka iman boleh tergugat.

Allah berfirman – perintahkanlah keluarga mu mendirikan solat dan sabar dalam melaksanakanya . kami tidak menuntut rezeki dari kamu bahkan kamilah menjamin dan memberi rezeki kepadamu –surah an-kabut : 60 –

al-hikam

1. Sesetangah dari tanda bahwa org seorg itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya,yaitu berkurangnya pengharapan terhadap ruhmat kurnia allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan atau dosa.

2. kalimah laa ilaha illallah = tiada tuhan bererti tiada tempt bersandar ,berlindung,berharap kecuali allah,tiada yang menghidupkan dan mematikan ,tiada memberi dan menolak melainkan allah.

3. laa haula wala quawata illa billahi = tiada ada daya untuk mengelak diri dari bahaya kesalahan dan tiada ada kekuatan membuat amal kebaikan kecuali dgn bantuan pertolongan allah dan kurni rahmatnya semata-mata.firman allah : katakanlah : hanya kerana merasakan kurnian rhmat allah lah kamu boleh bergembira,dan itulah yang lebih baik bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulan sendiri.-surah yunus :59-

4. sedang bersandar pada amal usaha itu bererti ;upa pada kurnian rahmat allah yang memberi taufiq ,hidayah kepadanya yang akhirnya pasti ujub ,sombong merasa sempurna diri ,sepertimana terjadinya pada iblis ketika di perintahkan nya bersujud pada adam, ia berkata :aku lebih baik dari dia (ADAM) , dan hal yang sama berlaku pada karun ketika ia berkata :sesunguhnya aku mendapat kekayaan ini kerna ilmu dan usahaku semata2.-al-qashash:79-

5. apabila kita dilarang menyerkutukan allah dengan bahala kayu,batu ,pohon dan sebagainya ,maka janganlah juga menyerkutukan allah dengan kekuatan diri sendri,seolah-olah mersa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan,hidayah dan rahmat allah.seelok-eloknya kita harus tauladanan kisah para nabi sulaiman ketika menerima nikmat kurniaan allah ,ketika mendptkan istana balqis. FIRMAN ALLAH : ini semata2 kurnian dari tuhan ku, untuk menguji padaku apakah aku bersyukur atau kufur ?dan siapa yang kufur ,maka tuhanku zat yang terkaya lagi pemurah (tidak berhajat pada sedikitpun pada makhluknya , bahkan makhluk yang berhajat kepdaya)-AN-naml : 40-

Wednesday, May 5, 2010

mana ana punya kamfing,.....




kambing skang dah pandai naik bus/teksi...ni kat nogori 9 den jumpa....den dah ajak tumpang...tp dio tak mahu...haiii....kambing2.....







Wednesday, December 23, 2009

cara-cara mengelak dari speed trap


hihih....mcm ni mmg tak nmpk la no plat nyer...garu kepala polis..hihhihi